TEMERLOH. 16 Oktober 2018 – Puan Yusnizawati Wanessa bt Miswan dari Kampung Terengging, Kuala Krau, Temerloh, Pahang mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas Sumbangan bantuan Zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada petang selasa. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 2 orang anak yang masih bersekolah yangmana berniaga kecil kecilan untuk menyara hidup keluarga. Permohonan beliau bagi memohon bantuan zakat peralatan telah diluluskan dan antara peralatan yang dimohon adalah berupa 1 unit chest freezer midea, 1 unit peti ais 1 pintu midea, 1 unit periuk nasi 306 liter khind, 1 unit pengukus 20 liter Trio, 1 unit stand fan midea, 1 unit dapur gas infrared khind dan 1 unit stand mixer trio yang bernilai RM 2500.00 . Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu Puan Yusnizawati sekeluarga mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.