PEKAN. 12 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan telah menyantuni dan menyerahkan bantuan bencana kepada seramai 26 orang mangsa ribut di Mukim Kuala Pahang. Kejadian ribut yang berlaku pada 7hb September,2018 sekitar jam 5 petang itu telah mengakibatkan kerosakkan rumah-rumah mangsa. Majlis penyerahan bantuan telah dilakukan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Pahang. Turut menyampaikan sumbangan pada majlis yang sama iaitu Yang Behormat Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali Ahli Dewan Undangan Kawasan Peramu Jaya. Majlis turut dihadiri Penghulu Mukim Kuala Pahang dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Mukim Kuala Pahang. Bantuan bencana ini diharapkan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ribut.