TEMERLOH. 09 Oktober 2018 – Penyerahan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran rumah di kampung batu 1, Temerloh teleh disempurnakan serahan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Temerloh pada petang selasa. Mangsa Puan Norasyikin bt Jamaludin dan Encik Kamarul Anuar bin Jamaludin serta keluarga telah mengalami musibah bencana kebakaran rumah kediamanya pada pagi Sabtu 6 oktober 2018. Kebakaran terbabit telah memusnahkan seluruh kediamanya yangmana anggaran jumlah kerugian yang dialami beliau sekeluarga berjumlah kira kira Rm 80 000.00. Semoga dengan sedikit sumbangan keewangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang dapat meringankan beban sekeluarga.