PEKAN. 10 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan modal peralatan berupa sebuah mesin jahit lurus industri kepada Encik Razali Bin Bakar di Perumahan Dato’ Shahbandar. Bantuan ini diharapkan akan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau untuk menjana pendapatan bagi menampung keperluan diri dan keluarga.