PEKAN. 06 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah dijemput bersama-sama bagi menjayakan Program Etiqa Pos Khairat Peringkat Daerah Kuantan bagi memenuhi Slot Pengurusan Jenazah Biasa, selain daripada itu juga Jabatan Kesihatan Negeri Pahang turut membentangkan Slot Pengurusan Jenazah Kritikal / Bermasalah. Program ini telah dihadiri oleh seramai 250 peserta yang terdiri daripada Pelajar dan juga Pegawai Masjid Kariah Daerah Kuantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang.