PEKAN. 13 September 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyantuni dan menyerahkan bantuan bencana kepada seramai 21 orang mangsa ribut di Mukim Pekan 1. Kejadian ribut yang berlaku pada 7hb September,2018 sekitar jam 5 petang itu telah mengakibatkan kerosakkan teruk rumah-rumah mangsa dan ada diantara mereka terpaksa menumpang sementara di rumah saudara mara. Majlis penyerahan bantuan telah dilakukan di Pejabat Penghulu Mukim Pekan 1 dan turut hadir bersama Penghulu Mukim Pekan 1,Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ketapang Hilir dan Pasir Panjang. Bantuan bencana ini diharapkan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ribut.