PEKAN. 14 September 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1440H. Program dimulai dengan Bicara Santai Ma’al Hijrah dan diikuti dengan persembahan Nasyid, Pantun serta Anugerah Tokoh Cilik Ma’al Hijrah 1440H Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai Peristiwa Ma’al Hijrah dan iktibar yang boleh diambil terutama di dalam membentuk diri menjadi pelajar yang berakhlak mulia. Anugerah Tokoh Cilik Ma’al Hijrah 1440H pula diadakan sebagai satu motivasi untuk para pelajar sentiasa menerapkan nilai gaya hidup yang baik samada di sekolah dan juga dirumah.