TEMERLOH. 07 September 2018 – Seramai 23 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia Temerloh telah menerima bantuan zakat pelajar fakir dan miskin dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang disampaikan penyerahan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip daerah Temerloh, awal pagi ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengetua Sekolah seterusnya penyampaian tazkirah ringkas oleh Pegawai Muip seterusnya penyerahan bantuan kepada pelajar. Majis turut dihadiri oleh ibubapa penjaga yang menerima bantuan. Semoga dengan bantuan tersebut dapat membantu pelajar dan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan seharian.