TEMERLOH. 24 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menganjurkan Program Kem Imam Muda kepada saudara baru asli daerah temerloh bagi tahun 2018 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik Bentong Pahang. Kem ini merupakan lanjutan daripada kem smart solat yang diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan pada tahun lepas. Peserta Kem terdiri daripada anak anak remaja orang asli seluruh Temerloh yang berumur dari 13 hingga 18 tahun. Antara Objektif program ini antara lain ialah bagi menjadikan peserta seorang yang berani, mampu menjadi pemimpin kepada masyarakat kampung mereka, mampu menyelesaikan masalah berkaitan asas ilmu agama Islam, sentiasa kehadapan dalam mendepani setiap cabaran dan ujian serta mampu menjadi insan yang patuh dan taat pada perintah Allah dan Syariat Islam. Sepanjang Program ini, peserta di latih dan diberi pendedahan berkaitan ciri ciri menjadi seorang imam atau pemimpin yang berani, pendedahan serta teknik membaca Al Quran dengan baik, menguasai perkara perkara asas fardhu ain, menjadi imam solat dan bagun awal pagi bagi berqiamullai. Selain itu peserta juga dilatih dan diberi cabaran berbentuk kekuatan fizikal iaitu mereka di dibawa merentasi cabaran meredah hutan dengan pelbagai rintangan yang perlu dihadapi. Mereka juga di latih untuk berdikari di dalam hutan dengan perlu memancing ikan, memasak, menyediakan tempat berteduh, menyediakan peralatan memasak dari sumber hutan dan perlu bekerjasama dalam setiap aktiviti. Program ini turut dijayakan oleh 6 orang fasilitator dari Al Baghdadi Consultant Kuantan, dan Pegawai Dakwah Muip daerah Bentong dan Lipis. Program berakhir pada jam 3 petang yang dirasmikan perasmian penutup oleh Ustaz Sheikh Mohd Firdaus bin Sheikh Othman, Pegawai Dakwah dan Muallaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Semoga Program seperti ini dapat memberi pengalaman, kekuatan dan manfaat yang buat peserta.