PEKAN. 27 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyerahkan bantuan bencana kepada Puan Asnida Binti Basin di Felda Chini 05. Kebakaran yang berlaku pada 25 Ogos,2018 sekitar jam 2.00 petang itu telah mengakibatkan kerosakkan teruk bahagian dapur, bilik dan juga ruang tamu. Mangsa yang juga merupakan seorang ibu tunggal dan tiga orang anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Tindakan pantas jiran tetangga dan para penduduk setempat membantu memadam kebakaran sebelum ketibaan pihak bomba telah berjaya mengawal api daripada terus marak kebahagian lain. Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan juga akan melihat bantuan susulan bersesuaian yang boleh diberikan kerana dua orang anaknya dilaporkan kini mengalami masalah penyakit buah pinggang peringkat awal. Bantuan yang dihulurkan diharapkan akan dapat mengurangkan bebaban yang ditanggung oleh keluarga ini.