PEKAN. 28 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Pekan, Guru Briged Dakwah Daerah Pekan dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Dusun telah mengadakan Program Penghayatan Ibadah Korban Muallaf Asli Daerah Pekan 2018 bertempat di Kampung Orang Asli Dusun bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dimulai dengan Ceramah Khas Ibrah Ibadah Korban kepada Muallaf Asli dan seterusnya diikuti dengan demontrasi sembelihan dua ekor lembu serta urusan berkaitan. Program ini bertujuan bagi mendedahkan kepada Muallaf Asli mengenai tuntutan dan hikmah Ibadah Korban serta mewujudkan hubungan yang lebih mesra. Daging lembu juga telah diagihkan kepada muallaf asli di beberapa perkampungan yang berhampiran antaranya Kampung Orang Asli Menchupu, RPS Runchang, Gumum, Batu Gong dan Permatang Siput. Program ini telah mendapat sambutan dan mencapai matlamat yang telah disasarkan.