PEKAN. 13 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Pekan telah menyampaikan bantuan kepada para pelajar yang memerlukan di Daerah Pekan sebanyak RM63,700.00, antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang, Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya dan Sekolah Kebangsaan Seri Terentang. Para pelajar yang menerima bantuan ini berlatarbelakang daripada keluarga miskin, anak yatim dan juga pendidikan khas. Bantuan ini adalah hasil daripada inisiatif yang dibuat bersama pihak pengurusan sekolah bagi membantu kebajikan para pelajar yang memerlukan. Bantuan seumpama ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak keperluan para pelajar yang terlibat.