PEKAN. 12 Ogos 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah melaksanakan Kejohanan Sukaneka 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang Pekan bermula 08.00 pagi hingga 01.00 petang. Pelbagai acara telah dipertandingkan diperingkat para pelajar antaranya ialah Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu, Junjung Pundi Kacang, Baling Gegelung Dalam Rotan dan Larian 4×60 Meter, manakala acara untuk Ibu,Bapa dan Penjaga juga diadakan seperti Boling Kelapa, Anyam Ketupat dan Semakin Jauh Semakin Sayang. Kejohanan Sukaneka 2018 ini bukan hanya sekadar bagi memenuhi program dan aktiviti tahunan, tetapi juga dimanfaatkan bagi mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik diantara pihak pengurusan Tadika Pintar Al-Quran dan juga Ibu,Bapa serta Penjaga. Program ini telah berjaya dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.