RAUB. 14 Ogos 2018 – MUIP Cawangan Raub telah menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Felda Lembah Klau. Bencana telah berlaku pada hari jumaat 10 Ogos 2018 jam 6.50 petang mengakibatkan struktur rumah kediaman jenis kayu milik Puan Raja Rokiah bt Raja Kasim hangus terbakar. Sumbangan bencana MUIP sebanyak RM 2,000.00 telah disampaikan oleh Ustaz Hazwan Hafiz Abdul Jalil selaku Pegawai MUIP Raub.