RAUB. 21 Julai 2018 – MUIP Cawangan Raub telah membaikpulih rumah Puan Aminah binti Tajid di Kampung Semantan Ulu Raub Pahang. Sumbangan baikpulih rumah adalah sebanyak RM 20,000.00 daripada MUIP dan Yayasan Istana Abdul Aziz. Selain itu, sumbangan dan kurnia berupa barangan perabot rumah telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah baru-baru ini kepada Puan Aminah binti Tajid di Kampung Semantan Ulu Raub.