PEKAN. 23 Julai 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan modal peralatan sebuah mesin jahit tepi industri kepada Encik Ismail Bin Harun di Perumahan Taman Melur Kampung Marhum. Isteri beliau mengambil tempahan menjahit pakaian daripada penduduk setempat sebagai pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan semasa keluarganya. Menurut beliau dengan adanya mesin jahit tepi industri ini dapat membantu dan memudahkan untuk menyiapkan tempahan-tempahan yang diterima serta turut mengucapkan penghargaan di atas sumbangan yang telah dihulurkan.