ROMPIN. 23 Julai 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan bencana sebanyak RM 1000 kepada Puan Rokiah Binti Agil dari Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin akibat bencana ribut yang telah dialami pada 19 Julai 2018 yang lalu. Akibat kejadian berkenaan, mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 4000. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringakan bebanan yang dihadapi oleh mangsa sekeluarga.