PEKAN. 23 Julai 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kebakaran di Kampung Permatang Chekeroh Merchong. Kebakaran yang berlaku pada 22 Julai,2018 sekitar jam 6.20 petang itu telah mengakibatkan kerosakkan dua buah bilik tidur, ruang tamu dan pakaian serta perabot. Namun begitu tiada kemalangan jiwa dan kecederaan melibatkan penghuni rumah dilaporkan serta kebakaran telah dapat dikawal daripada terus merebak hasil permuafakatan masyarakat setempat sebelum ketibaan pihak bomba. Encik Basiruddin Bin Abdullah bersyukur diatas bantuan yang diterima dan sedikit sebanyak ianya dapat menampung meringankan bebanan yang ditanggung akibat kejadian tersebut.