TEMERLOH. 12 Julai 2018 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 yang diadakan di kampung orang asli penderas, kuala krau temerloh. Majlis ini turut dianjurkan bersama oleh pejabat parlimen kuala krau dan pejabat adun jenderak.majlis ini diadakan di dewan orang ramai koa penderas yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Majlis dihadiri oleh semua penduduk kampung samada yang berugama islam dan yang bukan berugama islam. Pelbagai aneka juadah raya disediakan untuk para tetamu antaranya nasi minyak, mee kari, satay, lemang dan rendang, aiskrim, cendol, aneka minuman dan aneka kuih raya. Hidangan disediakan berkonsepkan gerai tradisional melayu bagi menambah seri majlis yang dianjurkan. Majlis diserikan dengan kehadiran YB.Parlimen kuala krau dan YB Adun Jenderak, Al Fadhil Qadhi daerah temerloh dan penghulu mukim jenderak. Bagi memeriahkan majlis raya pada tahun ini, pihak penganjur telah menjemput kumpulan nasyid D’ Lafzy bagi mendendangkan lagu lagu berunsur ketuhanan dan lagu raya sepanjang program berlangsung.Majlis seperti ini wajar dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persaudaraan sesama saudara semuslim dan meraikan bersama kemeriahan Aidilfitri bersama masyrakat Islam di perkampungan orang asli. Jutaan terima kasih kepada semua urusetia iaitu Muip cawangan temerloh, penggerak dan pembantu penggerak masyarakat orang asli dan orang kampung yang bertungkus lumus membantu menjayakan Majlis rumah terbuka aidilfitri bagi tahun 1439 hijrah.