ROMPIN. 11 Julai 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah mengadakan satu Program Ziarah Dakwah, Ramah Mesra, dan Malam Kesenian Islam di Kampung Orang Asli (KOA) Batu 8. Antara pengisian program pada kali ini adalah ziarah sambil berdakwah secara santai dan ramah mesra dari rumah ke rumah, sukaneka dan perlawanan persahabatan Bolasepak bersama dengan penduduk tempatan, cabutan bertuah, serta jamuan makan malam , persembahan Nasyid oleh kumpulan Nasyid dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin, serta edaran pakaian hasil sumbangan orang ramai kepada penduduk tempatan pada hari kedua. Sebanyak 200 buah keluarga masyarakat Orang Asli di perkampungan ini telah diziarahi dalam Program kali ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIP Cawangan Rompin ke arah memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin kepada Agama Islam. Selain itu, diharapkan dengan penganjuran program seperti ini sedikit sebanyak dapat menunjukkan keindahan Agama Islam sebagai satu agama yang menyeluruh yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia termasuklah melalui hiburan dan kesenian. Program ini turut mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Kolej Komuniti Rompin, MUIP Cawangan Bera, Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin,PERKIM Daerah Rompin serta JKKK KOA Batu. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah-Nya kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Batu 8 ini.