PEKAN. 19 Julai 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana rumah dihempap pokok di Kampung Pahang Tua. Rumah Encik Akasah Bin Haji Yaakob telah mengalami kerosakkan dibahagian dapur dalam kejadian yang berlaku pada 17 Julai,2018 sekitar jam 9.00 malam. Namun begitu tiada kemalangan melibatkan penghuni rumah dilaporkan. Bantuan bencana ini diberikan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada mangsa bertujuan bagi meringankan bebanan awal yang terpaksa ditanggung.