PEKAN. 09 Julai 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan melihat sendiri keadaan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berumur lapan tahun yang disyaki mengidapi penyakit saraf di Kampung Pulau Jawa. Hasil maklumat yang diterima pihak pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan akan memberikan bantuan yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak tersebut berdasarkan maklumbalas daripada pihak hospital untuk tujuan proses rawatan yang berkesan. Program ziarah dan siasatan seperti ini sentiasa menjadi rutin bagi mengenalpasti sendiri keperluan yang diperlukan oleh mereka-mereka yang memerlukan.