BERA. 01 Julai 2018 – BERA,1 JULAI 2018 :Sekitar 40 orang mualaf selain asli,terdiri daripada cina dan india hadir ke Majlis Aidilfitri Bersama Mualaf anjuran Muip cawangan Bera,yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Mengkarak,semalam.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi,di mulakan dengan ucapan Pegawai Hal Ehwal Islam Muip cawangan Bera seterusnya di susuli dengan suai kenal bersama mualaf-mualaf di samping mereka menceritakan pengalaman-pengalaman ketika menganut agama islam.
Apa yang menariknya kali ini,pihak penganjur menyediakan slot ‘Mari Menganyam Ketupat’ yang mana cara anyaman ketupat ini di tunjukkan sendiri oleh kakitangan Muip Bera.
Dengan adanya slot anyaman ini,secara tidak langsung memperkenalkan tradisi orang melayu terdahulu,dan juga menggamit memori dahulu kala.
Tujuan diadakan majlis ini bagi merapatkan ukhuwah di kalangan pihak Muip dan mualaf-mualaf serta meraikan hari raya yang masih berbaki ini bersama-sama mereka.
Majlis dihadiri juga PPMOA daerah Bera,PMOA,wakil PAID Bera,wakil PERKIM serta wakil AJK Masjid Kampung Mengkarak selaku tuan rumah.