PEKAN. 26 Jun 2018 – bersamaan 12 Syawal 1439. Majlis Penyerahan Sumbangan Sebanyak RM 50,000.00 kepada Pertubuhan kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Pahang bagi menjalankan Aktiviti dakwah yang disampaikan oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang merangkap Pendaftar Muallaf negeri Pahang. Setiausaha kehormat PERKIM Pahang Mewakili Yang Hormat Dato Sri Hassan Bin Arifin menerima raplika Sumbangan dalam majlis tersebut.
Dalam pertemuan yang ringkas YDH. Dato’ sri berharap pihak PERKIM dapat bekerjasama mana-mana agensi berkaitan dalam menjalankan Aktiviti Dakwah sama ada asli mahu pun selain asli di negeri ini.Beliau juga berharap pihak PERKIM dapat mengunakannya sebaik mungkin duit yang diperuntukan ini, agar dapat menlaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada saudara baharu yang terdiri daripada kalangan kaum cina dan India. Turut hadir YH Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pegawai Kerja dan Dakwah PERKIM dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Zakat, Unit Dakwah dan Muallaf MUIP. Semoga Sumbangan yang yang diberikan dapat manfaat kepada Aktiviti PERKIM.