PEKAN. 21 Jun 2018 – bersamaan 7 Syawal 1439H.Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merangkap Pendaftar Muallaf Pahang telah mensyahadahkan seorang saudari daripada kalangan Orang Asli Sungai Mas, Sungai Lembing di Pejabat Saham Waqaf, Kuantan pada hari ini.TYDP MUIP turut menyerahkan saguhati pemelukan agama Islam, Kad Pemelukan agama Islam serta kelengkapan ibadah sebagai pemulaan saudara baharu berkenaan yang baru memeluk agama Islam. Semoga Allah S.W.T mengekalkan beliau dalam agama ini sehingga ke akhir hayat.