PEKAN. 07 Jun 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah bekerjasama dengan Perpustakaan Awam Daerah Pekan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad bagi menganjurkan Program World #QuranHour Peringkat Daerah Pekan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad yang telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Encik Mohd Nawawi Bin Ali. Majlis talaaqi Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Muhamad Faiq Fakhruddin Bin Mohamed Al-Hafiz yang merupakan Guru Al-Quran Masjid Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan. Seterusnya majlis diteruskan dengan Diskusi Khairul Ummah Khas bertajuk Cemerlang Dengan Al-Quran yang turut disertai oleh Al-Fadhil Pegawai Agama Islam Daerah Pekan Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan AAP. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu (MUIP) Cawangan Pekan sentiasa menyokong dan bersama-sama program-program yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat.