ROMPIN. 05 Jun 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan serta penyampaian bantuan tahunan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan Saudara Baharu Fakir dan Miskin di dua buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Denai serta Kampung Orang Asli Bukit Lepas. Antara pengisian dalam program ini adalah Tazkirah Ramadhan santai kepada golongan Saudara Baharu, Penyampaian Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan fakir dan miskin di kalangan Saudara Baharu, serta pengagihan juadah berbuka puasa kepada mereka. Sebanyak RM 16500 bantuan tahunan Hari Raya Aidilfitri telah diserahkan kepada kira-kira 37 buah keluarga fakir miskin di kalangan Saudara Baharu di kedua-dua buah Kampung berkenaan. Program ini turut diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan berupa hamper barangan makanan keperluan harian oleh PERKIM Daerah Rompin serta Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin kepada golongan berkenaan. Program ini akan diteruskan sepanjang Bulan Ramadhan di Perkampungan Orang Asli yang lain di sekitar Daerah Rompin.