ROMPIN. 05 Jun 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan kepada penerima iaitu Encik Mohd Zainuddin Bin Abdullah dari Kamung Jawa. Asnaf berkenaan menerima bantuan berupa peralatan nelayan seperti pukat, batu timah, pelampung, serta tali yang bernilai RM 2500. Diharapkan dengan bantuan seperti ini dapat membantu golongan asnaf meningkatkan pendapatan mereka seterusnya mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.