PEKAN. 15 Mei 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Taklimat Amil Zakat Fitrah Daerah Pekan bertempat di Dewan Syarahan Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Taklimat ini bertujuan bagi menjelaskan prosedur kutipan zakat fitrah dan pengurusan pentadbiran serta makluman program-program yang berkaitan dengan tugasan. Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 1439H / 2018M ini ialah sebanyak RM7.00 dan boleh mula dibayar bermula 1 Ramadhan 1439H bersamaan 17 Mei 2018 melalui amil-amil yang telah dilantik dan ditauliahkan.