PEKAN. 15 Mei 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Taklimat Jawatankuasa Masjid Kariah Daerah Pekan Sesi 2018-2020 bertempat di Dewan Syarahan Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Taklimat yang diadakan bermula 8.00 pagi hingga 01.00 petang ini telah dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Masjid Kariah Daerah Pekan yang telah dilantik. Sesi pertama telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Masjid, Surau Dan Al-Quran yang membentangkan mengenai Tugas,Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Masjid Kariah mengikut Kaedah-Kaedah Masjid dan seterusnya sesi kedua iaitu Pengurusan Pentadbiran bersama MUIP Cawangan Pekan dan Pejabat Agama Islam Daerah Pekan. Jawatankuasa yang dilantik diharapkan dapat melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang telah diberikan bagi memastikan pengurusan dan pengimaran masjid terlaksana dengan baik.