PEKAN. 16 Mei 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2018 bertempat di Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan. Sambutan dimeriahkan dengan persembahan oleh murid-murid tadika dan juga tenaga pengajar serta pengurusan tadika. Pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan turut hadir bersama-sama menjayakan program yang diadakan sebagai tanda menghargai khidmat yang diberikan oleh tenaga pengajar dan pengurusan tadika. Seramai 68 orang murid telah mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran bagi tahun 2018 yang berteraskan kepada pendidikan Al-Quran.