PEKAN. 19 April 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan peralatan kepada empat orang penerima di sekitar Daerah Pekan bernilai RM7,800.00. Encik Abd Razak Bin Mohd Nawawi menerima 1 Unit Swan 2HP Air Compressor, Encik Mohd Khairillah Bin Ramli menerima 1 Unit 5HP Outboard Motor, Encik Puzi Bin Sulaiman menerima 1 Unit Chiller 230L beserta 3 Unit Rak Besi dan Encik Mohd Khaidir Bin Hamzah menerima 1 Unit Mesin Rumput Kasei BG328. Bantuan peralatan ini telah dihantar terus ke rumah penerima oleh kakitangan MUIP Cawangan Pekan bagi memudahkan segala urusan dan tidak membebankan penerima untuk mengambilnya. Diharapkan bantuan peralatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu para penerima menambah pendapatan dan tidak mustahil pada masa-masa akan datang menjadi salah seorang daripada pembayar zakat.