MARAN. 19 April 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Maran dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah ( PAID ) Maran dan Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Daerah Maran telah melaksanakan Program Ziarah Kasih dan Ramah Mesra di KOA Sri Makmur.Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan di antara saudara muslim dengan agensi terlibat seperti MUIP, PAID ,JAKIM dan JKOA.Program pada kali ini juga bertujuan melihat dengan lebih dekat cara hidup saudara muslim di sini dari segi tempat tinggal dan pekerjaan yang mereka lakukan.Terdapat kira-kira 60 buah rumah keseluruhannya dan 20 rumah daripadanya diduduki oleh saudara muslim di sini.Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memupuk hubungan mesra dan secara langsung menerapkan pendekatan dakwah secara santai dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.