TEMERLOH. 16 April 2018 – Seramai 3 orang asnaf daerah Temerloh telah menerima bantuan zakat peralatan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh awal pagi ini. Penyerahan bantuan peralatan ini telah disampaikan oleh Pegawai Muip Daerah Temerloh di dua lokasi kedai yang membekalkan peralatan tersebut. Penerima pertama dari Taman Sri Semantan iaitu Puan Raja Nurziah bt Raja Abdul Rahman telah menerima sebuah mesin jahit tepi industri yang berharga RM 2400.00. Penerima kedua dari Taman Rimba iaitu Encik Mohd Ikhwan Wong bin Abdullah menerima sebuah Seterika Wap Industri yang berharga RM 500.00 manakala penerima yang ketiga dari Taman Tualang Indah iaitu Puan Nor Azimah bt Abdul Aziz pula telah menerima set meja makan dan kerusi yang berharga RM 1000.00. Kesemua penerima meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi diatas sumbangan peralatan yang diterima oleh Majlis Ugama Islam Pahang, Mereka berkata dengan sumbangan yang diterima dapat membantu mereka menjalankan usaha mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan seharian. Semoga bantuan peralatan dapat dimanfaatkan dan menjadi salah seorang pembayar zakat pada masa hadapan.