PEKAN. 13 April 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah melaksanakan Program Khairul Ummah Siri-3 bertempat di Surau Al-Hidayah Kampung Permatang Pauh. Program dimulai dengan Solat Fardhu Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil, Solat Isya’ dan Forum Khairul Ummah bertajuk Pergi Tidak Kembali yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Pekan dan Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Sumbangan juga telah disampaikan kepada seramai 45 orang penerima yang terdiri daripada Golongan Asnaf dan Warga Emas. Program kali ini mendapat kerjasama daripada Surau Al-Hidayah dan KRT Kampung Permatang Pauh dan Bank Rakyat Pekan. Program ini sebagai salah satu medium mendekati masyarakat bagi menyampaikan info-info berkaitan dan juga mendapatkan maklum balas secara terus. Moga program seumpama ini mendatangkan kebaikkan buat semua.