ROMPIN. 13 April 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyempurnakan penyerahan bantuan peralatan kepada asnaf , En. Abdul Karim Bin Zainol dari Kampung Janglau. Penerima menerima bantuan berupa pukat serta barangan perlatan nelayan yang berjumlah RM 2000. Bantuan seumpama ini diberikan kepada golongan asnaf bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka seterusnya mengeluarkan mereka dari golongan asnaf dan belenggu kemiskinan.