PEKAN. 12 April 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyantuni beberapa buah rumah asnaf bagi melihat keadaan dan keperluan semasa yang diperlukan oleh mereka. Terdapat diantara mereka yang memerlukan bantuan kos rawatan bagi membeli barangan keperluan seperti pampers pakai buang, susu khas dan juga kewangan bagi menampung perbelanjaan perjalanan mendapatkan rawatan secara berkala. Program seperti ini sering dilaksanakan sebagai pendekatan turun padang dan melihat sendiri keadaan asnaf serta dapat mewujudkan hubungan lebih mesra dengan masyakarat.