TEMERLOH. 21 Februari 2018 – MUIP Cawangan daerah Temerloh telah menziarahi asnaf terlantar di kampung bukit kemuning setelah mendapat maklumat dari orang kampung berkenaan seorang bapa yang hilang mata pencarian setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya 6 bulan yang lalu. Sharudin Mat Said, 48 kini terlantar sakit dirumahnya dan dirawat sepenuhnya oleh isterinya. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah dan kini pendapatan beliau hanya dari bantuan JKM sahaja. Pihak Majlis Ugama Islam Pahang akan membantu beliau sekeluarga dengan memberi bantuan bulanan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh keluarganya. Semoga beliau terus tabah dan kuat dalam menghadapi ujian tersebut.