BERA. 22 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera bersama Pejabat Agama Islam Daerah Bera, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PPMOA) telah mengadakan ziarah dakwah di KOA Limbahan dan Mahang untuk melihat suasana kawasan perkampungan orang asli serta bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk koa bersama pentadbir agama di daerah Bera khususnya. Ziarah dakwah tersebut berjalan seperti mana yang telah dirancangkan.