CHENOR. 20 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Chenor bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Chenor telah mengadakan ziarah dakwah bil hal di koa paya taman chenor untuk melihat suasana kawasan perkampungan orang asli paya taman. Tujuan diadakan ziarah dakwah bil hal tersebut adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk koa bersama pentadbir agama di daerah Chenor khususnya. Ziarah dakwah tersebut berjalan seperti manan yang telah dirancangkan.