TEMERLOH. 20 Februari 2018 – Muip Cawangan Temerloh telah mengadakan program ziarah & ramah mesra di perkampungan orang asli paya mendoi kuala krau, Temerloh. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan masyarakat orang asli yang islam mahupun yang bukan islam. Pihak urusetia menziarahi serta menyantuni masyarakat orang asli dari rumah ke rumah dengan bertanyakan khabar serta menyampaikan sedikit bantuan berupa hamper kepada setiap keluarga. Seramai 85 keluarga telah di ziarahi dalam program ini yang bermula pada jam 12:00 tengah hari dan berakhir jam 3:00 petang. Program ini turut disertai oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA JAKIM), Pembantu Penggerak serta masyarakat kampung yang berugama Islam dan bukan Islam.