PEKAN. 15 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyerahkan bantuan zakat kepada penerima-penerima yang telah dikenalpasti melalui Program Jejak Asnaf di Mukim Kuala Pahang. Seramai 53 orang penerima telah menerima bantuan, iaitu seramai 37 orang penerima Bantuan Am berjumlah RM26,700.00, seramai 6 orang penerima Bantuan Bulanan berjumlah RM300.00 – RM200.00 sebulan beserta baucer barangan bernilai RM200.00 dan seramai 10 orang penerima Bantuan Baik Pulih Rumah berjumlah RM90,000.00. Program Jejak Asnaf ini antara pendekatan turun padang bagi menyantuni golongan asnaf secara terus bagi melihat keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan. Sebelum majlis penyerahan bantuan dilakukan telah diadakan tazkirah sebagai santapan rohani untuk semua penerima dan mereka yang hadir.