RAUB. 14 Februari 2018 – Pejabat MUIP Cawangan Raub dengan kerjasama pejabat MUIP Cawangan Bentong telah menjalankan satu Taklimat Tuntutan Kelas Al-Quran Kanak-Kanak (KAKK) bertempat di Dewan Seminar MUIP Daerah Raub. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pengusaha KAKK berkenaan kaedah tuntutan secara atas talian dengan menggunakan sistem zakat4pengajian yang diperkenalkan pada tahun ini.

Seramai 30 orang guru mewakili Sar Kafa Daerah Raub dan Bentong telah hadir antaranya Kafa Masjid Daerah Bentong, SAR KAFA Saiyidatina Aishah, SAR Felda Tersang, SAR KAFA PAKK Raub, SAR Felda Kemasul, SAR Felda Krau 1, SAR Felda Lurah Bilut, SAR KAFA Nurhidayah PERKIM, SAR KAFA Sertik, SAR FELDA Chemomoi, KAKK Al-Amin IPD Raub, SAR Felda Mempaga 3, SAR Kafa Kompleks Penjara, SAR FELDA Mempaga 1, SAR Felda Mempaga 2 dan Sekolah Agama Annadmah Bentong. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Hazwan Hafiz Bin Abdul Jalil , Encik Mohd Khairul Nizam bin Mohd Zamli dan Ustaz Muhammad Ferdaus bin Kamaruzaman.