MARAN. 14 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Maran telah menyampaikan bantuan pendidikan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Maran seramai 362 orang penerima berjumlah RM 36,200.00.Bantuan ini merupakan Bantuan Pendidikan Kepada Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Ugama Majlis yang diberikan setiap tahun dengan jumlah yang diterima setiap pelajar sebanyak RM 100.00 seorang.