PEKAN. 14 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan pendidikan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Attas seramai 552 orang penerima berjumlah RM55,200.00 dan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Ganchong seramai 133 orang penerima berjumlah RM13,300.00. Jumlah keseluruhan penerima bantuan yang telah disampaikan ialah seramai 685 orang berjumlah RM68,500.00. Bantuan ini merupakan Bantuan Pendidikan Kepada Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Dan Sekolah Menengah Ugama Majlis yang diberikan setiap tahun dengan jumlah yang diterima setiap pelajar sebanyak RM100.00 seorang.