MARAN. 13 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Maran bersama Penghulu Mukim Luit 2 telah menziarahi empat buah rumah dan melihat sendiri keperluan asnaf – asnaf yang memerlukan di Kampung Sentosa dan Serengkam.Program ini dilakukan secara berkala bagi menjejaki golongan asnaf dan melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung.