RAUB. 13 Februari 2018 – Ijtimak Pentadbir-Pentadbir Maahad Tahfiz Dan Pondok Negeri Pahang bagi Zon Pahang Barat telah diadakan bertempat di Dewan Masjid Sultan Abu Bakar, Raub. Majlis yang diadakan in adalah kesinambungan daripada program yang diadakan pada 12 Disember 2017 yang lalu yang mengumpulkan pentadbir dan pihak pengurusan tahfiz yang pada kali ini melibatkan daerah Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub.Pada majlis ini hampir 40 wakil pengurusan maahad tahfiz / pondok hadir dengan seramai kira-kira 75 orang peserta. Program ini adalah bertujuan memberi penerangan berkaitan garis panduan daripada agensi-agensi berwajib selain memurnikan pengurusan pendaftaran serta mengemaskini data dan maklumat pendaftaran.