PEKAN. 14 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan bencana kepada Encik Awang Mohamad bin Abdul Rani di Felda Chini Timur 2, Pekan. Kejadian kebakaran yang berlaku pada 11hb Februari,2018 (Ahad) jam 3.37 petang itu telah memusnahkan sebahagian besar rumah kediamannya, namun tindakan pantas oleh penduduk setempat serta pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak. Bantuan bencana ini diberikan bertujuan bagi membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa diperingkat awal.