CHENOR. 08 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Chenor dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Chenor, Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Daerah Chenor, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Maran, Pengerusi dan Pegawai Masjid At-Taqwa Kg. Awah dan Guru Briged Dakwah Daerah Chenor serta turut hadir Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melaksanakan program gotong royong membersihkan sekitar kawasan surau dan ramah mesra bersama penduduk kampung orang asli bot-bot Chenor. Program bermula disebelah pagi dengan membersihkan kawasan surau dan diikuti dengan ziarah rumah ke rumah, program ini diadakan adalah bertujuan untuk meralatkan hubungan mesra antara pentadbir agama di Daerah dengan penduduk kampung. Program berjalan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.