KUANTAN. 05 Januari 2018 – MUIP cawangan Kuantan menyampaikan sumbangan bantuan bencana kebakaran rumah sebanyak RM 1500.00 kepada mangsa Syed Muhammad Fairuz bin Syed Alwi. Kebakaran tersebut berlaku pada 4 januari 2018 jam 6.30 petang dan rumah tersebut adalah rumah yang beliau sewa.

Kebakaran ini telah menyebabkan mangsa kerugian hampir RM 20,000.00 merangkumi alatan elektrik, perabot, pakaian dan 2 biji motosikal. Rumah pula mengalami kerosakan pada bilik utama dan tempat letak kereta.